PERANAN MAJSID DALAM MASYARAKAT
- PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid. - MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu. - PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan. - PUSAT TAMADUN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya. - PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal. - RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak. - PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci. - PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci. - PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu. - PUSAT PENGISIAN JIWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya. - PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani. - PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school". - PUSAT SANTAPAN ROHANI
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam. - PUSAT EKONOMI
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim. - PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH
Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.
MASJID SEBAGAI TAMAN
Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang. Konsep itu belum nampak dilakukan mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.
Koleksi :
Mohd Shahiruddin Amir
___________________________________________________________________________
KEHIDUPAN
YANG SEDERHANA
Nabi Muhammad s.a.w.
pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin."
Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku
hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan
ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan
berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan
memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."
Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada
isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung
perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam
sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat
mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..
Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari
kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah mereka.
Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang
menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah menangis-nangis didalam
biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis? Bukankah selama ini aku
telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung
perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"
Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang
sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama
sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan
kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak ditingkat atas masjid
itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang menduduki tangga bilik itu.
Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab permintaannya.
Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya
pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila
ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar
yang diperbuat daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan
berbekas dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat
sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan
kulit-kulit pohon tamar.
Umar r.a. bercerita:
"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan
menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan perkara itu.
Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah,
kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan
berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita
mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad
s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas itu saya
memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang
yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada
sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak,
Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan
Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan
dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi yang
tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman
yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh
Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."
Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar
dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan
berkata:"Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan
keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih
baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup
senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan
menikmati segala-galanya."Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya
berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t.
agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."
Mohd Shahiruddin Amir
No comments:
Post a Comment